Friday, December 27, 2013

Pengenalan

Selamat datang ke komuniti Kampung Aji

Syarikat Tepi Tebing merupakan syarikat perusahaam cili sos yanmg terletak di batu 13 Kampung Aji. Syarikat ini telah ditubuhkan pada januari 2004 ialah syarikat Bumiputera sepenuhnya.
Syarikat ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang. Syarikat ini juga bersedia menerima tempahan untuk majlis perkhawinan, kedai makan, restoran dan sebagainya

Sos cili yang dihasilkan dari cili yang asli sahaja tidak dicampur dari bahan yang lain, ia sesuai digunakan untuk semua tujuan samada untuk masakan mahupun sebagai penyedap makanan. Ia boleh juga sebagai sos pencicah keropok lekor, cucur udang, cucur ikan bilis dan sebagainya. Bagi memenuhi citarasa pelanggan, cili sos yg disediakan ada yang pedas dan ada yang serderhana pedasnya.

Syarikat ini boleh membekalkan perkhidmatan tempahan mengikut kehendak pelanggan. kami juga boleh menyediakan dalam bentuk botol jambo. dan kami juga mejual borong cili sos kepada pelanggan yang berminat.

MISI
misi syarikat kami ialah syarikat kami mendapat tempat dan dikenali di peringkat tempatan dan nasional

VISI
Visi syarikat kami ialah setiap kedai makan dan kedai runcit seluruh malaysia menggunakan dan menjual produk kami. selain itu ialah untuk menambah pendapatan dan dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat. saya juga ingin memberikan peluang perkerjaan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka.

ini dapat mengurangkan bilangan mereka yang berhijrah ke bandar, apabila mereka terlibat dalam industri kecil di kampong. selain itu idea orang muda leboh banyak dan kreatif dan dapat membantu meningkatkan jualan dan keuntungan


Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Aishah Nawawi    nombor phone : 019-5532034
                                          email : aishahropi@gmail.com


No comments:

Post a Comment