Saturday, December 28, 2013

Sejarah

nama saya Aishah Nawawi, dilahirkan di kampung aji, saya seorang suri rumah dengan pendapatan yang kurang, saya termenung memikirkan bagaimana untuk menambahkan pendapatan. alhamdulillah dengan rezeki Allah, Amanah Ikhtiar bagi jalan kepada saya untuk berjaya. saya dengan Amanah Ikhtiar telah membuat pinjaman secara kecil-kecilan untuk membeli mesin. amanah ikhtiar telah beri saya kursus di bawah bimbingan jabatan pertanian untuk belajar cara membuat sos cili. dan setelah habis kursus tersebut, saya berazam untuk memulakan perniagaan sos cili dengan ilmu yang baru saya pelajari, dari kursus  tersebut saya mencuba memperbaiki dan membuatkan sos chili tersebut lebih sedap, setelah cubaan demi cubaan saya telah menyempurnakan sos cili tersebut. pada mulanya perniagaan bisness saya berjalan lancar dengan pendapatan bulanan saya dari rm600-rm700 dengan pelangan disekitar kampung dan di antara sekitar kedai runcit. dan pada 2005 saya mendapat sakit hernia (angin pasang) , peristiwa itu membuatkan saya terpaksa memberhentikan kerja membuat sos cili dan baru-baru ini pada tahun 2011 saya baru menjalani rawatan dan pembedahan .pembedahan tersebut membuatkan saya tidak dapat membuat banyak kerja. dan apabila selesai sudah sihat saya berazam untuk meneruskan bisness cili sos tapi dengan terdapat sedikit halangan iaitu kilang cili sos saya rosak akibat lama sangat tidak diguna. dengan bantuan daripada pihak UTP, giatmara, dan JPW kampung aji dijadikan kampung angkat untuk dimajukan kawasan tersebut, kawasan kampung aji, bota dikatogerikan kawasan miskin di sekitar perak. alhamdulillah dengan bantuan pihak tersebut saya dapat meneruskan bisness sos cili saya.

No comments:

Post a Comment