Saturday, December 28, 2013

di Tepi Tebing Enterprise, kami hanya menggunakan cili yang terbaik di pasaran untuk pelangan-pelangan kami. Setiap jamuan membuatkan anda ingin lagi.





Jenis-jenis cilli

Jenis-jenis cilli

Adalah perlu ditekankan bahawa perkataan capsicum adalah nama saintifik bagi semua jenis cili. Di Malaysia contohnya capsicum dirujuk kepada cili bengala. Suatu tanggapan yang salah.

    Terdapat 5 jenis varieti capsicum yang popular dan ditanam di sesetengah tempat dimana ia bersesuaian. Pertama, Capsicum annuum, iaitu jenis yang seperti cili loceng, cili lilin, cili merah, jalapeƱos, dan chiltepin. Kedua, capsicum frutescens, iaitu jenis seperti malagueta, tabasco dan lada Thai, Piri Piri, cili Afrika Birdseye (cili api/cili padi), dan juga Malawi Kambuzi.

jalapeno-pepper    Ketiga, capsicum chinense , iaitu yang terhangat seperti cili naga, cili habanero, cili datil dan cili scotch bonet. Varieti ini t
ergolong dalam senarai cili yang pedas dari ukuran intensiti. Keempat, capsicum pubescens , iaitu varieti yang hanya terdapat di Amerika Selatan iaitu rocoto lada atau cili rocoto.


    Dan yang kelima dan terakhir, capsicum baccatum , satu lagi varieti yang hanya ditanam di Amerika Selatan iaitu aji lada atau cili aji. Walaupun hanya terdapat beberapa spesies yang biasa digunakan, terdapat kaedah penyediaan cili yang mempunyai nama yang berbeza untuk kegunaan pelbagai jenis masakan.

    Hijau dan merah lada loceng (bell pepper), sebagai contoh, adalah penanaman yang sama Capsicum annuum, cili matang menjadi hijau. Dalam spesies yang sama seperti jalapeƱo, Poblano (yang apabila kering dirujuk sebagai ancho), Di New Mexico (ia  dikenali sebagai cili colorado), Anaheim, Serrano, dan tanaman lain. Cili ini biasanya dipecahkan kepada tiga kumpulan: lada loceng (bell pepper) , lada manis, dan lada panas/cili panas dan pedas. Jenis-jenis cili yang paling popular jatuh ke dalam salah satu kategori ini.

pengenalan cilli dalam masakan 


sumber maklumat diperolehi dari http://solusi-tani.com/blog/2013/08/sejarah-cili/

Sejarah

nama saya Aishah Nawawi, dilahirkan di kampung aji, saya seorang suri rumah dengan pendapatan yang kurang, saya termenung memikirkan bagaimana untuk menambahkan pendapatan. alhamdulillah dengan rezeki Allah, Amanah Ikhtiar bagi jalan kepada saya untuk berjaya. saya dengan Amanah Ikhtiar telah membuat pinjaman secara kecil-kecilan untuk membeli mesin. amanah ikhtiar telah beri saya kursus di bawah bimbingan jabatan pertanian untuk belajar cara membuat sos cili. dan setelah habis kursus tersebut, saya berazam untuk memulakan perniagaan sos cili dengan ilmu yang baru saya pelajari, dari kursus  tersebut saya mencuba memperbaiki dan membuatkan sos chili tersebut lebih sedap, setelah cubaan demi cubaan saya telah menyempurnakan sos cili tersebut. pada mulanya perniagaan bisness saya berjalan lancar dengan pendapatan bulanan saya dari rm600-rm700 dengan pelangan disekitar kampung dan di antara sekitar kedai runcit. dan pada 2005 saya mendapat sakit hernia (angin pasang) , peristiwa itu membuatkan saya terpaksa memberhentikan kerja membuat sos cili dan baru-baru ini pada tahun 2011 saya baru menjalani rawatan dan pembedahan .pembedahan tersebut membuatkan saya tidak dapat membuat banyak kerja. dan apabila selesai sudah sihat saya berazam untuk meneruskan bisness cili sos tapi dengan terdapat sedikit halangan iaitu kilang cili sos saya rosak akibat lama sangat tidak diguna. dengan bantuan daripada pihak UTP, giatmara, dan JPW kampung aji dijadikan kampung angkat untuk dimajukan kawasan tersebut, kawasan kampung aji, bota dikatogerikan kawasan miskin di sekitar perak. alhamdulillah dengan bantuan pihak tersebut saya dapat meneruskan bisness sos cili saya.

Friday, December 27, 2013

Pengenalan

Selamat datang ke komuniti Kampung Aji

Syarikat Tepi Tebing merupakan syarikat perusahaam cili sos yanmg terletak di batu 13 Kampung Aji. Syarikat ini telah ditubuhkan pada januari 2004 ialah syarikat Bumiputera sepenuhnya.
Syarikat ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang. Syarikat ini juga bersedia menerima tempahan untuk majlis perkhawinan, kedai makan, restoran dan sebagainya

Sos cili yang dihasilkan dari cili yang asli sahaja tidak dicampur dari bahan yang lain, ia sesuai digunakan untuk semua tujuan samada untuk masakan mahupun sebagai penyedap makanan. Ia boleh juga sebagai sos pencicah keropok lekor, cucur udang, cucur ikan bilis dan sebagainya. Bagi memenuhi citarasa pelanggan, cili sos yg disediakan ada yang pedas dan ada yang serderhana pedasnya.

Syarikat ini boleh membekalkan perkhidmatan tempahan mengikut kehendak pelanggan. kami juga boleh menyediakan dalam bentuk botol jambo. dan kami juga mejual borong cili sos kepada pelanggan yang berminat.

MISI
misi syarikat kami ialah syarikat kami mendapat tempat dan dikenali di peringkat tempatan dan nasional

VISI
Visi syarikat kami ialah setiap kedai makan dan kedai runcit seluruh malaysia menggunakan dan menjual produk kami. selain itu ialah untuk menambah pendapatan dan dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat. saya juga ingin memberikan peluang perkerjaan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka.

ini dapat mengurangkan bilangan mereka yang berhijrah ke bandar, apabila mereka terlibat dalam industri kecil di kampong. selain itu idea orang muda leboh banyak dan kreatif dan dapat membantu meningkatkan jualan dan keuntungan


Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Aishah Nawawi    nombor phone : 019-5532034
                                          email : aishahropi@gmail.com